Monday 16 December 2013

Biskut Lidah Kucing Pelangi  








Biskut ini sangat rangup dan lemak manis.Rasanya seakan2 biskut tiger yg terdapat di pasaran.Warnanya yang meriah sangat memikat hati kanak2.Biskut ini memerlukan loyang khas yang terdapat di kedai bakeri.Walaubagaimana pun bagi yang tidak mempunyai loyang tersebut masih boleh menggunakan loyang biasa tetapi jarakkan sedikit kerana biskut ini akan mengembang bila dibakar.sapukan sedikit butter pada atas loyang untuk kali PERTAMA sahaja.







Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi (sumber citarasakakwan)


Bahan-bahan

250 gm mentega
175 gm gula castor
100 gm putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 st emplex
pewarna (6 color)
loyang khas disapu butter pada permulaan saja


Cara

1. Ayak semua tepung dan emplex.Ketepikan.

2. Pukul butter dan gula hingga kembang.

3. Masukkan putih telur sedikit2.Pukul sebati.

4. Masukkan tepung sedikit2 dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati.

5. Bahagikan kepada 6 bahagian dan warnakan ikut suka.

6. Isi dalam piping bag dan pipe dalam loyang secara melintang satu demi satu

7. Bakar pada suhu oven 150 darjah C selama 15 minit.Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Saturday 14 December 2013

Tempahan Tart Nenas Buah-buahan  lagi




Tart nenas berbentuk buah-buahan ini semakin mendapat sambutan terutama semasa musim cuti sekolah ini.Ini adalah tempahan dari customer di Bangi.Membuatnya memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi.Oleh kerana itu tidak hairanlah harganya agak sedikit mahal dari tart biasa.

Perlu kesabaran untuk  mewarnakan dohnya,membentuknya menjadi buah dan perlu ketelitian untuk 'menghidupkan ' buahnya supaya tidak lari dari bentuk asal.

Membakarnya juga perlu berhati2 supaya tidak merekah.Saya membakar dalam suhu 140 darjah C sahaja selama 20 minit..Kemudian diglis dengan kuning telur dan membakarnya semula selama 4 minit lagi..



Saturday 7 December 2013


Tempahan Tart Nenas Buah-buahan 








Tart nenas buah untuk hantaran kahwin.

Wednesday 4 December 2013

Caramel Apple Pie





Apple pie ini sangat sedap dan mudah untuk dibuat.

Resepi

Bahan untuk crust

1 1/4 cawan tepung gandum
4-6 tbs air ais
1/3 cawan shortening
secubit garam

Campurkan tepung dan shortening hingga jadi serbuk roti.Masukkan air.Uli hingga jadi doh.Canai dan masuk dalam loyang piza atau loyang pie.

Filling

 7-8 biji epal merah dipotong dadu
1 cawan gula pasir/castor (boleh kurangkan 3/4 cawan)
2 tsp serbuk kayu manis
1/2 cawan tepung gandum

Campur semua dan masuk dalam periuk.Masak atas api sederhana hingga gula hancur dan epal empuk.Ketepikan dan biar sejuk.

Topping

1 cawan gula perang 
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan oatmeal (oat segera)
1/2 cawan butter lembut 

Campurkan semua bahan hingga jadi serbuk roti.

Tuangkan filling epal ke atas kulit pie.Ratakan.Kemudian tabur topping di atasnya.(Isinya agak membukit sedikit).

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 170-180 darjah celcius selama 1-1 1/4 jam (ikut oven masing2).







Russian Black And White Cake



Tempahan dari seorang kakak untuk harijadinya..

Russian B/W cake versi segiempat....dengan filling cream cheese dan coklat ganache...Rasanya yang mewah dan lazat..

Saturday 30 November 2013

Tempahan Rainbow Cake


Rainbow cake tempahan dari kawan ,Puan Sal untuk anak kembarnya,Anis dan Anissa.Happy birthday twins..




Terimakasih sal..lain kali boleh order lagi ya..
Apam Polkadot

Tempahan dari Tina dan Hafiz  sebanyak 2000 pcs.Saya membuat bermula dari subuh hingga ke subuh keesokannya.Berhenti hanya untuk mandi,solat dan makan...






Friday 22 November 2013

Roti

Pada awalnya saya membuat roti sekadar suka-suka.Kemudian terdetik dihati saya untuk cuba memasarkan kepada orang ramai.Alhamdulillah ia mendapat sambutan yang amat memberansangkan.Jadi jadual harian saya menjadi semakin ketat.Membuat 100 biji bun sehari sudah cukup untuk saya tidak membuat perkara2 yang lain kerana tiada pembantu.Namun saya berpuas hati kerana pelanggan sentiasa menunggu kedatangan bun-bun saya....


Bun buah-buahan kering



Bun sosej



Bun Kacang Merah



Bun Coklat



Bun Chicken Floss


Saya juga banyak menerima tempahan dari kawan-kawan...Alhamdulillah..rezeki dari Allah..
Resepinya telah saya tulis untuk entri terdahulu..satu resepi..berbeza bentuk dan inti..


Roti yang telah siap sedia untuk delivery...


Apam Polkadot lagi untuk majlis aqiqah...



Monday 18 November 2013

Cruncy Caramel Almond





Biskut almond ini sebenarnya menggunakan tepung florenta dan nama asalnya ialah Crunchy almond florentine..Oleh kerana di tempat saya sukar hendak mendapat tepung florenta,saya cuba2 mencari resepi yang boleh menggunakan ingredient lain.Alhamdulillah terdapat satu blog yang bermurah hati memberi resepi ini (citarasa mamaana)..Beliau menggunakan tepung Bee sting menggantikan tepung florenta.Alhamdulillah rasanya sangat sedap ala2 bepang gitu..


Di bawah ini adalah gambar tepung bee sting.Harganya mahal RM 16.90 per 600 gm



Berikut adalah resepi yang disediakan,Sangat mudah dibuat.

Bahan2

150 gm tepung bee sting
50 gm kuaci bunga matahari
50 gm kuaci labu
150 gm kepingan almond



Cara

Campurkan semua kuaci dan almond dalam loyang.Bakar dlm suhu 150 cel dalam 20 minit.



Biarkan sejuk.Sediakan loyang saiz 10in x 10in .Alas dengan baking paper atau alas silicon (kertas minyak akan melekat).

Campurkan semua bahan dan tepung.Kacau sebati.Masukkan dalam loyang tadi.Tekan2kan supaya rata.
Bakar 20 mint.Keluarkan dari oven.Gunakan pizza cutter untuk potong biskut.Kena potong panas2 sebelum ia keras.
Kemudian bakar lagi 15 minit atau sampai perang.
Keuarkan dan sejukkan.Siap sedia untuk dimakan.


Sunday 17 November 2013

Talam Kastad Jagung



Kuih Talam jagung yang sangat lemak dan sedap.Resepi lapisan atas ini hanya menggunakan 2 sudu besar gula tetapi saya tambah lagi 2 sudu kerana ia kurang manis bagi saya.Cubalah resepi ini anda pasti berpuas hati..


Lapisan Bawah

1 1/2 cawan tepung beras
 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastad
 1 cawan gula
 1 cawan jagung krim dalam tin
 3 1/2 cawan santan (saya guna 1 1/2 cawan santan pekat + 2 cawan air)
 pewarna kuning,garam secukup rasa


Cara

1. Satukan semua tepung
2. Masukkan garam dan santan.Gaul sebati dan tapis dalam periuk.
3. Masak hingga naik wap (lebih kurang 8-10 minit).Kacau selalu.
4. Masukkan dalam loyang 10x10 in.Kukus dua puluh lima minit.

Lapisan Atas

 2 cawan santan pekat
 1 cawan air pandan (blend dgn 3 helai daun pandan,tapis,campur sedikit perisa pandan)
 1 cawan tepung gandum
 2 sb tepung jagung
 1 sb tepung ubi
 2 biji telur
 2 sb gula (saya tambah lagi 2 sb)
 sedikit pewarna hijau

 Cara

 1. Satukan semua bahan.Gaul sebati dan tapis dalam periuk.
 2.Masak hingga naik wap.Kacau sentiasa
 3.Tuang adunan atas lapisan bawah.Kukus 30 minit.


Note...Tutup loyang dengan aluminium foil semasa mengukus.Bila masak biarkan sejuk 2 jam baru boleh dipotong

Saturday 16 November 2013

Red Velvet Cake


Red velvet with cream cheese topping...
Talam Seri muka Dan Talam Tokyo



Tempahan kuih talam serimuka dan talam tokyo..
Owl Cupcakes




Tempahan dari kawan anak.Cupcake coklat dengan topping ganache,,,biskut oreo dan cashew,,

Sunday 10 November 2013



Chocolate cream cheese cake





Kek yang tergesa2 dibuat untuk memenuhi permintaan cikgu di sekolah anak..Alhamdulillah mendapat pujian..



Chocolate cheese cake





 Ini sudah kali ketiga rasanya cikgu Zila order kek ini.Sebenarnya kek ini resepinya lebihkurang sama dengan russian black & white cake cuma saya ubah sikit resepi cream cheese tu ikut citarasa saya,sebab itu nama kek ini saya bubuh nama chocolate cheese cake..walau bagaimana pun rasanya memang superb...

Saturday 9 November 2013

Biskut Snow Almond







Pada musim raya yang lepas ,saya mendapat banyak tempahan untuk biskut snow almond.Rasanya yang balance dengan almond,nestum dan perisa kopi serta disaluti dengan coklat memang sangat digemari ramai.Saya ada menukar sedikit resepi mengikut citarasa saya terutamanya dalam penambahan susu tepung dan penggunaan tepung ubi menggantikan tepung gandum.Anda boleh mencuba resepi ini dan percayalah ia tak merugikan..anda boleh buat bisnes dgn resepi ini..


Snow Almond

Bahan-bahan A

200 gm butter
100 gm gula castor
1 sudu besar shortening
1 sudu teh esen kopi (saya gunakan nescafe dicampur 1 st air panas..boleh tambah 1st lagi nescafe kalau suka rasa kopi yg kuat)
1 biji kuning telur

Bahan-bahan B

220 gm tepung
70 gm tepung ubi (asal tepung jagung)
50 gm nestum kisar halus
30 gm susu tepung (saya guna 50 gm - sebarang jenis tepung susu)

Bahan-bahan C

300 gm coklat compound
serbuk roti warna putih secukupnya


Cara:

Butter,shortening dipukul dengan senduk kayu hingga kembang
Masukkan telur,esen kopi,pukul sebati
Masukkan bahan2 kering..gaul sebati
Canai doh ikut ketebalan yg disukai.Terap dan bakar dalam loyang yg dialas kertas minyak
Bakar 15  minit atau sehingga masak

Sejukkan betul2

Cairkan coklat secara double boil.
Celup biskut dan gelekkan atas serbuk roti.





Wednesday 16 October 2013

Saya sangat suka akan kuih talam.Membuatnya tidakah sukar,cuma kena tahu sedikit tekniknya.Tips untuk membuat talam ialah dengan memasak adunannya dulu dalam periuk di atas api sederhana sehingga naik wap atau sama kepekatannya  dengan kepekatan susu pekat manis.Atau apabila ada ketulan tepung pada senduk kayu,matikan api dan terus kacau dengan whisker hingga sebati.Kemudian panaskan semula hingga adunan pekat sedikit.Adunan hendaklah sentiasa dikacau.

Loyang hendakah dioles dgn sedikit minyak dan alaskan dengan plastik supaya mudah untuk dikeluarkan apabila sudah masak kelak.Terdapat banyak jenis kuih talam yang lazat2.Salah satunya ialah talam tokyo.Saya suka talam ini kerana rasa lapisan bawahnya yang lemak dan kenyal sangat balance dengan rasa manis kastad lapisan atasnya..Resepi ini saya dapati dari blog2 di internet.




Talam Tokyo


Bahan Lapisan Bawah

300 gm sagu kecil putih
60   gm suhun
100 gm kelapa parut putih
100 ml santan pekat
300 ml air
1 st  garam

Cara:

1. Cuci sagu,rendam 30 minit dan toskan.
2. Rendam suhun dalam air suam selama 30 minit.Toskan dan potong kecil2.
3. Satukan semua bahan2 di atas dan kacau sebati,Oleskan loyang 10 " x 10 " x 2 " dengan sedikit      minyak.Lapikkan dengan plastik.
4. Kukus selama 25 minit.


Bahan Lapisan Atas

4 biji telur
300 gm gula halus
400 ml santan pekat
400 ml air + 3 helai daun pandan,Blend dan tapis airnya.
100 gm tepung kastard
pewarna hijau
1/2 st garam


Cara

1. Campur semua bahan.Kacau sebati.Tapis dalam periuk
2. Masak atas api sederhana sehingga naik wap.
3. Tuang atas lapisan yang pertama tadi.Kukus selama 30  minit
4. Selepas masak biar sejuk dan potong dengan pisau plastik .


Thursday 5 September 2013



Sweater












Bun Sosej




Bun ini sangat lembut dan gebu.Sangat mudah untuk dibuat.

Resepi


Bahan A

240 gm tepung roti
60 gm tepung superfine/tepung gandum biasa
50 gm gula castor (boleh kurangkan 30 gm)
5 gm garam
10 gm susu tepung
2 st yis segera
1/2 st bread improver
1/2 st bread softner

Bahan B


1 biji telur,150 gm air sejuk .... dikacaukan sebati


Bahan C

30 gm butter


1st minyak jagung

Bahan sapuan

1 telur ditambah 1st air

Sosej secukupnya
sedikit bijan untuk ditabur

Cara

1. Masukkan semua bahan2 a dan b ke dalam mixer.Uli sampai doh tidak melekit.
2. Masukkan butter sedikit2.Uli lagi.Masukkan minyak jagung.Uli sehingga doh kenyal.Anggaran 20 minit menggunakan mixer.
3. Biarkan doh mengembang dua kali ganda.Tutup mangkuk dengan tuala bersih.
4. Setelah kembang,tumbuk2 kan doh untuk dibuang angin.
. Bahagikan doh kepada 60 gm bahagian setiap satu.
5. Gelek doh menjadi tali sepanjang 10 inci. Lilitkan pada sosej yang telah direbuskan dahulu dan toskan.
6. Rehat doh 20 minit.
7. Sapu telur atas doh.Tabur bijan
8. Bakar suhu 170-180 C selama 20 minit atau hingga perang di atasnya.
9. Sapukan sedikit butter diatasnya.sejukkan








Monday 19 August 2013

Macarons for special order..





Untuk Door Gift  perkahwinan atau sebarang majlis keraian...
Lagi Tempahan macarons





Terima kasih Puan Faiza dari Taman Permai.Macarons utk birthday party..Berbagai filling...

Friday 16 August 2013

Kek Buah Kukus






Kek buah kukus ini tersangatlah sedap dan lembab.Resepi ini saya dapati dari blog spices journey.Ia sangat mudah dibuat cuma memerlukan masa yang panjang untuk di masak iaitu selama 4 jam.





Bahan-bahan:

225 gm high quality butter (saya gunakan scs/anchor)
350 gm tepung gandum
340 gm gula pasir
3 biji telur
500 gm buah2an kering campur
50 gm air panas
1st cream of tartar
2 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh serbuk buah pala (saya guna serbuk rempah kuih)
1 sudu teh vanila


Cara

Masak gula sampai perang (api kecil)
Tuang air panas perlahan2.
Masuk butter dan biarkan mencair
Masuk buah2an kering.Biarkan mendidih sebentar.Kacau perlahan2
Ketepi dan biarkan sejuk

Ayak tepung,cream of tartar,soda bikabonat.Masuk dalam campuran gula dan buah2an kering sedikit sedikit
Kacau sebati
Dalm bekas lain pukul telur sebentar
Masuk telur dalam adunan.Gaul sebati
Sediakan loyang 7" x 7". Masuk adunan dlm loyang.Tutup dgn aluminium foli
Kukus dua jam pertama dgn api sederhana dan 2 jam berikut dgn api kecil.
Apabila sudah masak,angkat penutup pengukus tetapi biarkan kek dalam pengukus .Buka aluminium foil.biarkan kek sejuk

Simpan kek selama 2 hari baru sedap dimakan.Potong dgn pisau yg nipis dan tajam.

Resepi Apam  Polkadot aka Apam Ladybird/Angry bird





Bahan-bahan :

2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh ovalet
2 sudu teh vanila
1 cawan susu segar
2 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
Jem atau filling  (ikut suka)

Cara:
Panaskan pengukus.Tutupkan tudung pengukus dengan kain supaya air tidak menitik.
Pukul  telur dengan gula  dan vanila hingga putih (10 minit)
masuk susu..kacau sebati
masuk tepung sedikit-sedikit,kacau sebati
masuk ovalet .Pukul hingga putih berkrim

Sediakan cawan kertas dan mangkuk kecil .Masukkan cawan kertas dalam mangkuk.
Bahagikan adunan mengikut warna yang disukai.
Paipkan adunan sedikit ke dalam cawan kertas.Kemudian isikan filling.Penuhkan acuan dgn adunan.Boleh buat apa2 corak yg disukai.
Kukus selama lima belas minit.