Tuesday 25 November 2014

Cable Cardigan






Material dari soft cotton 8 ply yarn.Sebanyak 6 buku benang 100 gm diperlukan untuk cardi ini yang bersaiz M.Target masa untuk siapkan adalah 3 minggu tetapi saya dapat menyiapkan dalam 
masa 16 hari.Tedious job...tapi hasilnya sangat memuaskan hati saya..

Saturday 18 October 2014

My new Cardigan
















Lama tak update blog.Lama juga berhenti membaking.Hati berasa bimbang kerana tak lama lagi hb akan menjalani bone marrow transplant untuk abangnya.Hati yang runsing tidak boleh mendeko kek  kerana kuatir hasilnya tidak akan menjadi.Jadi saya mengisi masa yang terluang untuk mengait.


Benar,mengait boleh menenangkan fikiran yang runsing selain berdoa dan berzikir pada Allah..
Jadi dalam masa 3 minggu saya sempat mengait cardigan ini khas untuk anak sulung saya yang bakal menduduki peperiksaan spm 2 minggu lagi.


Sambil mengait sambil berzikir..2 dalam satu...

Insyaallah sekarang saya sedang menyiapkan sweater untuk hb..akan saya uploadkan kemudian nanti.

salam dan jumpa lagi..

Saturday 13 September 2014

Barbie Birthday Cake





Kek barbie diilhamkan dari ipoh bakery.Kek butter bersaiz 8 " di potong 3 kemudian di bentukkan sedikit menjadi skirt barbie.

Kek ini hadiah untuk anak saya sempena hari jadinya ke 12.

Monday 11 August 2014



Pecan Butter Scotch Cake





Snowy Cheese Cake




Oreo Cheese Cake



Kek-kek ditempah oleh rakan zaman persekolahan.Terima kasih Datin Rafidah Attas.

Monday 4 August 2014

Tempahan Tart Nenas Bentuk Buah-buahan



Tempahan kek untuk majlis pertunangan





Tempahan rainbow cake untuk majlis pertunangan.Kek di isi filling cream cheese dan di lepa dgn buttercream.

Monday 16 June 2014

Tempahan kek untuk pertunangan






Tempahan kek untuk hantaran bertunang. Dalamnya kek rainbow dengan cream cheese filling. Manakala diluar di saluti dengan buttercream.Terima kasih Puan Sukma .

Friday 6 June 2014

Handbag Cake





Tempahan kek beg tangan untuk hadiah hantaran perkahwinan.

Sunday 1 June 2014

Tempahan Handbag Cake






Tempahan kek beg tangan untuk majlis hari jadi .Kek butter dan disaluti coklat.Luarnya dibalut dengan fondan kemudian ditampal dengan edible sugar image..

Friday 16 May 2014

Tempahan Swiss Roll




Swiss roll dengan cream filling dan peach..

Saturday 10 May 2014

Tempahan Rainbow cake untuk hari ibu





Rainbow kek dengan buttercream icing dan buttercream roses.

Thursday 8 May 2014

Hello Kitty Oreo Cheese Cake





Cheese cake ini sangat mencabar membuatnya.Oleh kerana lapisan bawahnya oreo,maka saya terpaksa menggunakan pisau yang tajam dan dicelupkan dalam air panas untuk membentuk muka hello kitty ini.kek disimpan semalaman di dalam peti  sejuk untuk memudahkan kerja pemotongan dilakukan.Saya menggunakan loyang segi empat yang dialas dengan aluminium foil untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang.Kemudian saya menggunakan template hello kitty sebagai panduan semasa memotong.
Saya menggunakan star nozzle untuk pipekan fresh cream ke atasnya.

Alhamdulillah pelanggan saya sangat2 berpuas hati.

Wednesday 7 May 2014

Rainbow cakes



Rainbow cakes 8" dengan cream cheese filling dan buttercream icing..

Friday 2 May 2014

Kek Angry Bird




Kek ini ditempah oleh sahabat lama saya semasa bersekolah di sek. Men sains Gentam K.Pilah dahulu.Sudah lama tak berjumpa..Di dalamnya adalah kek Russian black and white..Hiasan angry bird dari gumpaste.Terima kasih ya Haza..semuga berpuas hati..

Saturday 26 April 2014

Minnie Mouse Cake



Kek Minie Mouse tempahan untuk harijadi anak seorang sahabat.Kek dibawah berukuran 9" manakala kek diatas berukuran 6".Kek yang dibawah diselaputi buttercream dan yang diatas diselaputi fondan.

Untuk membuat telinga saya menggunakan kadbod yang digunting saiznya kecil sedikit daripada saiz gumpaste telinga.Kemudian saya sanwichkan kadbod dengan 2 keping gumpaste.Saya juga meletakkan 2 batang tooth pick untuk dujadikan tangkai untuk dicucuk kedalam kek.Lekatkan lidi terlebih dahulu diatas kadbod dengan selotep.Kemudian baru tampalkan kadbod dengan gumpaste.Cantumkan kedua2 lapis gumpaste dengan kemas.(kadbod yg kecil memudahkan untuk gumpaste dilekatkan bersama).

Saya menggunakan kadbod supaya telinga minie mouse ini mudah 'berdiri' .Ini kerana gumpaste mengambil masa yang agak lama untuk keras.

Semuga sahabat saya berpuas hati..


Wednesday 16 April 2014

Minion Cakes





Saya mendapat tempahan dari pelanggan saya untuk membuat kek minion.Saya menggunaka resepi kek oren butter dan dilapisi dengan ganache.Customer saya tidak mahu fondant icing,jadi saya menggunakan buttercream icing.Agak sukar untuk mendapatkan permukaan yang agak licin kerana keadaan cuaca yang sangat panas tambahan pula bentuk kek yang tidak sekata,

Saya menggunakan bubble straw dicucuk ke dalam kek supaya kek tidak berganjak.Untuk mendapatkan result yang lebih baik saya sepatutnya menyimpan ke dalam freezer lebih lama,tapi kerana kesuntukan masa, maka hasilnya tidak berapa menjadi.Walau bagaimana pun saya harap pelanggan saya berpuas hati.Terimakasih puan Nor..

Thursday 10 April 2014

Garden Themed Birthday Cake







Ini adalah tempahan kedua dari Puan Irni.Kali ini beliau mahukan tema yang ceria berwarna-warni.Saya pilih tema garden kerana ceria dengan bunga2an yang beraneka warna..
Oleh kerana seramai 6 orang menyambut harijadi bersama2, beliau meminta saya membuatkan kek yang besar.Jadi saya membuatkan kek dua tingkat .kek yang bawah adalah kek vanila dilapisi dengan coklat ganache dan kek yang di atas adalah kek oren juga dilapisi coklat ganache.
kedua2nya saya lepa dengan butter cream.Segala details adalah dari gumpaste.
Saya harap Puan Irni berpuas hati.Terimakasih ya..

Monday 7 April 2014

Rainbow cake





Tempahan rainbow kek untuk Puan Irni dari Seremban 2 untuk harijadi anaknya.Beliau mahu corak polkat dot.Saya tambahkan Gumpaste figurine untuk hiasan kek.Kek dilapisi dengan cream cheese dan luarnya disaluti dengan butter cream.Diatasnya saya lapikkan sedikit fondan untuk membentuk corak seperti yang diatas..Polkadotnya juga dari fondan.Semuga beliau berpuas hati.Terima kasih ya Irni..