Saturday 26 April 2014

Minnie Mouse Cake



Kek Minie Mouse tempahan untuk harijadi anak seorang sahabat.Kek dibawah berukuran 9" manakala kek diatas berukuran 6".Kek yang dibawah diselaputi buttercream dan yang diatas diselaputi fondan.

Untuk membuat telinga saya menggunakan kadbod yang digunting saiznya kecil sedikit daripada saiz gumpaste telinga.Kemudian saya sanwichkan kadbod dengan 2 keping gumpaste.Saya juga meletakkan 2 batang tooth pick untuk dujadikan tangkai untuk dicucuk kedalam kek.Lekatkan lidi terlebih dahulu diatas kadbod dengan selotep.Kemudian baru tampalkan kadbod dengan gumpaste.Cantumkan kedua2 lapis gumpaste dengan kemas.(kadbod yg kecil memudahkan untuk gumpaste dilekatkan bersama).

Saya menggunakan kadbod supaya telinga minie mouse ini mudah 'berdiri' .Ini kerana gumpaste mengambil masa yang agak lama untuk keras.

Semuga sahabat saya berpuas hati..


Wednesday 16 April 2014

Minion Cakes





Saya mendapat tempahan dari pelanggan saya untuk membuat kek minion.Saya menggunaka resepi kek oren butter dan dilapisi dengan ganache.Customer saya tidak mahu fondant icing,jadi saya menggunakan buttercream icing.Agak sukar untuk mendapatkan permukaan yang agak licin kerana keadaan cuaca yang sangat panas tambahan pula bentuk kek yang tidak sekata,

Saya menggunakan bubble straw dicucuk ke dalam kek supaya kek tidak berganjak.Untuk mendapatkan result yang lebih baik saya sepatutnya menyimpan ke dalam freezer lebih lama,tapi kerana kesuntukan masa, maka hasilnya tidak berapa menjadi.Walau bagaimana pun saya harap pelanggan saya berpuas hati.Terimakasih puan Nor..

Thursday 10 April 2014

Garden Themed Birthday Cake







Ini adalah tempahan kedua dari Puan Irni.Kali ini beliau mahukan tema yang ceria berwarna-warni.Saya pilih tema garden kerana ceria dengan bunga2an yang beraneka warna..
Oleh kerana seramai 6 orang menyambut harijadi bersama2, beliau meminta saya membuatkan kek yang besar.Jadi saya membuatkan kek dua tingkat .kek yang bawah adalah kek vanila dilapisi dengan coklat ganache dan kek yang di atas adalah kek oren juga dilapisi coklat ganache.
kedua2nya saya lepa dengan butter cream.Segala details adalah dari gumpaste.
Saya harap Puan Irni berpuas hati.Terimakasih ya..

Monday 7 April 2014

Rainbow cake





Tempahan rainbow kek untuk Puan Irni dari Seremban 2 untuk harijadi anaknya.Beliau mahu corak polkat dot.Saya tambahkan Gumpaste figurine untuk hiasan kek.Kek dilapisi dengan cream cheese dan luarnya disaluti dengan butter cream.Diatasnya saya lapikkan sedikit fondan untuk membentuk corak seperti yang diatas..Polkadotnya juga dari fondan.Semuga beliau berpuas hati.Terima kasih ya Irni..

Saturday 5 April 2014

Red Velvet Cake








Tempahan kek oleh seorang anak untuk ibu tercinta. Kek red velvet dengan cream cheese serta dihiasi dengan bunga gumpaste.

Saya tidak suka menggunakan butter bersama cream cheese untuk membuat frosting kerana terlalu lemak.Jadi saya menggunakan non dairy creamer (gold label brand) untuk menggantikan butter.Bagi saya rasanya lebih sedap .

Untuk resepinya :

500 gm cream cheese pada suhu bilik
1 1/2 cawan whip cream dipukul hingga kental
1 cawan gula icing
30 gm gelatin 
60 gm air
1 st vanila

Masukkan gelatin dalam air..panaskan dengan cara double boil untuk cairkannya
(boleh skip gelatin jika tidak suka..fungsi gelatin utk memantapkan cream supaya tidak mudah cair)

Pukul  cream cheese hingga berkrim.Masukkan gelatin dan vanila.Pukul sebati
Masukkan gula sedikit demi sedikit.Pukul hingga sebati

Masukkan whip cream sedikit2 sambil kaup balikkan.Sejukkan dalam freezer sehingga untuk digunakan..

Tuesday 1 April 2014

Kitkat Cake





Ramai yang berminat dengan kek kitkat ini.Harganya agak mahal kerana coklat kitkat dan m&m..tetapi amat berbaloi bagi penggemar kek coklat..Dalamnya kek coklat lembab yang halus dan gebu diselaputi dengan coklat ganache yang mewah..Apa tunggu lagi...


Red Velvet Cupcakes





Cupcake ini ditempah oleh rakan sekelas anak saya untuk dihadiahkan kepada ibunya.Dia seorang anak yang pintar dan baik.Keputusan peperiksaannya selalu cemerlang.Malangnya beliau berasal dari keluarga yang agak susah.Saya tidak sampai hati mahu menerima bayaran darinya..jadi saya hadiahkan saja sempena harijadi ibunya.semuga Zaidi akan menjadi anak yang baik dan soleh..