Saturday 18 October 2014

My new Cardigan
















Lama tak update blog.Lama juga berhenti membaking.Hati berasa bimbang kerana tak lama lagi hb akan menjalani bone marrow transplant untuk abangnya.Hati yang runsing tidak boleh mendeko kek  kerana kuatir hasilnya tidak akan menjadi.Jadi saya mengisi masa yang terluang untuk mengait.


Benar,mengait boleh menenangkan fikiran yang runsing selain berdoa dan berzikir pada Allah..
Jadi dalam masa 3 minggu saya sempat mengait cardigan ini khas untuk anak sulung saya yang bakal menduduki peperiksaan spm 2 minggu lagi.


Sambil mengait sambil berzikir..2 dalam satu...

Insyaallah sekarang saya sedang menyiapkan sweater untuk hb..akan saya uploadkan kemudian nanti.

salam dan jumpa lagi..