Monday 16 December 2013

Biskut Lidah Kucing Pelangi  








Biskut ini sangat rangup dan lemak manis.Rasanya seakan2 biskut tiger yg terdapat di pasaran.Warnanya yang meriah sangat memikat hati kanak2.Biskut ini memerlukan loyang khas yang terdapat di kedai bakeri.Walaubagaimana pun bagi yang tidak mempunyai loyang tersebut masih boleh menggunakan loyang biasa tetapi jarakkan sedikit kerana biskut ini akan mengembang bila dibakar.sapukan sedikit butter pada atas loyang untuk kali PERTAMA sahaja.







Resepi Biskut Lidah Kucing Pelangi (sumber citarasakakwan)


Bahan-bahan

250 gm mentega
175 gm gula castor
100 gm putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 st emplex
pewarna (6 color)
loyang khas disapu butter pada permulaan saja


Cara

1. Ayak semua tepung dan emplex.Ketepikan.

2. Pukul butter dan gula hingga kembang.

3. Masukkan putih telur sedikit2.Pukul sebati.

4. Masukkan tepung sedikit2 dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati.

5. Bahagikan kepada 6 bahagian dan warnakan ikut suka.

6. Isi dalam piping bag dan pipe dalam loyang secara melintang satu demi satu

7. Bakar pada suhu oven 150 darjah C selama 15 minit.Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Saturday 14 December 2013

Tempahan Tart Nenas Buah-buahan  lagi




Tart nenas berbentuk buah-buahan ini semakin mendapat sambutan terutama semasa musim cuti sekolah ini.Ini adalah tempahan dari customer di Bangi.Membuatnya memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi.Oleh kerana itu tidak hairanlah harganya agak sedikit mahal dari tart biasa.

Perlu kesabaran untuk  mewarnakan dohnya,membentuknya menjadi buah dan perlu ketelitian untuk 'menghidupkan ' buahnya supaya tidak lari dari bentuk asal.

Membakarnya juga perlu berhati2 supaya tidak merekah.Saya membakar dalam suhu 140 darjah C sahaja selama 20 minit..Kemudian diglis dengan kuning telur dan membakarnya semula selama 4 minit lagi..



Saturday 7 December 2013


Tempahan Tart Nenas Buah-buahan 








Tart nenas buah untuk hantaran kahwin.

Wednesday 4 December 2013

Caramel Apple Pie





Apple pie ini sangat sedap dan mudah untuk dibuat.

Resepi

Bahan untuk crust

1 1/4 cawan tepung gandum
4-6 tbs air ais
1/3 cawan shortening
secubit garam

Campurkan tepung dan shortening hingga jadi serbuk roti.Masukkan air.Uli hingga jadi doh.Canai dan masuk dalam loyang piza atau loyang pie.

Filling

 7-8 biji epal merah dipotong dadu
1 cawan gula pasir/castor (boleh kurangkan 3/4 cawan)
2 tsp serbuk kayu manis
1/2 cawan tepung gandum

Campur semua dan masuk dalam periuk.Masak atas api sederhana hingga gula hancur dan epal empuk.Ketepikan dan biar sejuk.

Topping

1 cawan gula perang 
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan oatmeal (oat segera)
1/2 cawan butter lembut 

Campurkan semua bahan hingga jadi serbuk roti.

Tuangkan filling epal ke atas kulit pie.Ratakan.Kemudian tabur topping di atasnya.(Isinya agak membukit sedikit).

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 170-180 darjah celcius selama 1-1 1/4 jam (ikut oven masing2).







Russian Black And White Cake



Tempahan dari seorang kakak untuk harijadinya..

Russian B/W cake versi segiempat....dengan filling cream cheese dan coklat ganache...Rasanya yang mewah dan lazat..