Wednesday 26 February 2014

Rainbow Cake aka kek Pelangi






Kek ini ditempah oleh seorang rakan untuk meraikan harijadi kawannya.Beliau mahu deco yang simple aje..tapi kek mesti tinggi.....

Dibawah adalah resepi asal yang saya intai dari blog seorg blogger HaSue..tapi saya gandakan agar mendapat ketinggian yang saya mahu.


Bahan (Resepi asal)

150 gm tepung superfine
150 gm gula castor
5-6 biji telur
1 sb ovalet
80 ml susu segar
80 ml butter yang dicairkan 
1 st baking powder
6 pewarna..ungu,biru,hijau,kuning,oren dan merah

Cara 

1. Satukan gula,ovalet,telur,tepung dan baking powder.
2. Pukul dengan kelajuan min 1 minit kemudian dgn kelajuan tinggi hingga putih.
3. Masukkan susu segar sedikit2.Putar lagi hingga betul2 gebu.
4. Masukkan butter cair.Kaup balikkan.
5. Bahagikan kepada 6 bahagian yang sama banyak dan bubuh pewarna.
6. Bakar dalam loyang 8 " yg dialas kertas minyak selama 10-15 minit pada suhu 160 darjah c.
7. Susun seperti dalam gambar dan dibubuh icing ikut suka..

P/S ...sukatan diatas adalah sukatan yang asal..saya menggandakan semua bahan untuk mendapatkan struktur kek yang tinggi..

kek ini adalah kek span dan sesuai dengan icing buttercream,krim putar atau cream cheese..





 

Saturday 22 February 2014

Tempahan Moist chocolate cake versi kukus










Alhamdulillah kek coklat ini selalu mendapat tempat dihati pelanggan saya. Saya tak putus2 menerima tempahan dari mereka.Saya mengucapkan terimakasih kepada semua.Memang kek ini sangat2 lembut dan moist serta tersangat enak dengan limpahan coklat ganachenya... cubalah anda rasa sendiri..

Panda Buttercream cake






Kek Panda ini adalah kek sponge yang diselaputi buttercream .Ditempah oleh seorang rakan untuk harijadi anaknya yang sangat meminati beruang panda.Harap beliau berpuas hati..

Friday 14 February 2014

Tart Nenas Buah-buahan






Tempahan dari Puan Nurul dari Jelebu untuk hantaran pertunangan adiknya.Terimakasih Nurul..

Cheese Kek Meleleh






Alhamdulillah..makin ramai peminat cheese kek ini..Tempahan semakin hari semakin banyak..Pelbagai perisa ada..vanila,coklat,pandan,strawberi ...

Sangat sedap dan puashati..cubalah..