Saturday 26 April 2014

Minnie Mouse Cake



Kek Minie Mouse tempahan untuk harijadi anak seorang sahabat.Kek dibawah berukuran 9" manakala kek diatas berukuran 6".Kek yang dibawah diselaputi buttercream dan yang diatas diselaputi fondan.

Untuk membuat telinga saya menggunakan kadbod yang digunting saiznya kecil sedikit daripada saiz gumpaste telinga.Kemudian saya sanwichkan kadbod dengan 2 keping gumpaste.Saya juga meletakkan 2 batang tooth pick untuk dujadikan tangkai untuk dicucuk kedalam kek.Lekatkan lidi terlebih dahulu diatas kadbod dengan selotep.Kemudian baru tampalkan kadbod dengan gumpaste.Cantumkan kedua2 lapis gumpaste dengan kemas.(kadbod yg kecil memudahkan untuk gumpaste dilekatkan bersama).

Saya menggunakan kadbod supaya telinga minie mouse ini mudah 'berdiri' .Ini kerana gumpaste mengambil masa yang agak lama untuk keras.

Semuga sahabat saya berpuas hati..


No comments:

Post a Comment