Traditional
Wednesday, 2 November 2016
Saturday, 15 October 2016
Bakul Pastri dan tart nenas buah-buahan
Saya sangat berminat melihat rakan-rakan baker membuat bakul pastri.Kerana kesuntukan masa ,saya selalu tertangguh membuatnya..
Saya sangat berminat melihat rakan-rakan baker membuat bakul pastri.Kerana kesuntukan masa ,saya selalu tertangguh membuatnya..
Hari ini ada masa yang terluang maka saya dengan rajin nya 'menghambakan' diri menguli tepung,menganyam dan menggetel tart.Penat sangat-sangat..Membakar bakul pastri ini mengambil masa selama 4 jam dengan suhu yang rendah supaya ia masak sekata dan tidak hangus..
Saya telah cuba resepi yang diambil dari blog rakan2 tetapi tidak berapa menjadi..
Jadi aya cuba membuat ikut cara saya dan Alhamdulillah menjadi akhirnya..
Ini resepi saya
1 kg tepung gandum
350-400 gm marjerin atau shortening (jangan sekali2 menggunakan butter)
400 gm air ais (ikut keadaan).berhenti tambah air jika adunan telah lembut
Campurkan tepung dan merjerin,,uli sampai jadi serbuk roti..Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.
Bolehlah anyam bakul..Cantik bukan..boleh dibuat hadiah hantaran tunang atau kahwin...
Saturday, 3 September 2016
Kpop Buttercream lagi..
Ramai jugak peminat korean buttercream ni ya...ramai yg tanya resepi buttercreamnya..Sebenarnya resepi buttercreamnya guna saja mana2 resepi italian buttercream method kerana lebih halus dan stabil dalam cuaca panas.

Cuma selalu kena practise untuk mendapatkan hasil yang baik,,,
Padanan warna memainkan peranan yang penting untuk menambahkan kecantikan bunga,Kadang2 terpaka mencampurkan 3 warna untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki..
Penat tetapi fun...
Monday, 15 August 2016
Bantal kusyen
Apabila ada masa lapang saya suka knitting,embroidery dan yang terbaru membuat kusyen canadian smocking..Leceh juga tapi nak cantikkan...banyak jugak yang saya dah buat tapi tak sempat nak ambil gambar tuan2 masing dah dtg ambik..

Ini hanyalah saki baki yang tinggal,,,Insyaallah masih banyak lagi yang sedang dibuat..nanti saya upload later ya...
Macarons
Sebelum ini sudah banyak kali saya menggunakan cara french meringue untuk membuat macarons tetapi hasilnya banyak kali juga tidak berapa menjadi.Ada macarons yang tidak berkaki,senget,dan pecah di atasnya.Kemudian saya menukar kepada cara italian meringue di mana kita kena memasak air gula sehingga 118 Celcius kemudian dicurahkan perlahan2 kepada telur putih...sekali buat sudah terbukti keajaibannya,...Kita hanya perlukan candy thermometer sebagai alat tambahan (harganya tak seberapa mahal),,tetapi akan lihat hasil yang sangat memuaskan.Satu lagi perkara yang menentukan hasil macaron adalah alas untuk dulang membakar,Seboleh2nya gunalah silicon sheet ,walau pun harganya agak mahal sedikit tetapi boleh digunakan sampai bila2 dan hasilnya pasti memuaskan hati..

Resepi
100 gm gula pasir
40 gm air
Campurkan kedua2 dan masak hingga suhu 118 celcius
120 gm gula icing
120 gm tepung badam (ground almond)
Satukan kedua2 bahan dan blend halus kemudian ayak..Ketepikan
50 gm putih telur dimasukkan kedalam campuran badam tadi,,kacau sebati.ketepikan.
50 gm putih telur dipukul hingga berbuih dan menjadi sedikit kental.
Apabila air gula mencapai suhu 118 celcius curahkan perlahan2 kedalam putih telur tadi sambil di pukul dgn laju (jangan berhenti memukul takut telur menjadi berketul)
Masukkan pewarna jenis gel dan terus pukul sehingga adunan tidak terjatuh apabila mangkuk diterbalikkan.
Kemudian masukkan putih telur kedalam campuran badam.sebanyak 3 kali.Kaup balikkan perlahan2,Jangan terlalu lama..apabila adunan boleh jatuh dari senduk..berhenti dari mengacaunya,,,pipe kedalam loyang pembakar yang di alas dengan silicon sheet.
Biarkan kering sehingga diatas macaron tidak melekit bila di sentuh.
Bakar dalam suhu 165-170 celcius selama 20 minit atau ikut oven masing2,,,
Resepi diatas adalah resepi terbaik yang pernah saya cuba dan terus menggunakannya hingga kini..
Selamat mencuba,,
Sunday, 14 August 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)